KEEWAY BX200i Dilancarkan, Dari RM7988

Berikut adalah satu lagi pejuang dalam perang skuter Malaysia, yang dibawakan kepada anda oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Dinamakan KEEWAY BX200i, ia ditetapkan untuk beraksi dalam segmen skuter sport 150-200cc.

Dengan rekabentuknya yang garang, tayar gemuk, dan warnanya yang terang, ia terus menyatakan hasratnya, serta spesifikasinya mengagumkan menunjukkan bahawa pengeluar motosikal China serius dalam membina empayar global dalam pasaran dua roda.

Ciri-ciri utama KEEWAY BX200i
  • Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 174cc, penyejuk cecair, DOHC, 4 injap.
  • Ia menghasilkan 18.2 hp @ 8,500 RPM dan 17.2 Nm @ 6,500 RPM.

  • Kuasa enjin dihantar ke roda belakang melalui transmisi CVT.
  • Motosikal ini dibina menggunakan rangka yang digelar ‘rangka rata’ oleh Keeway – kami akan membincangkannya dengan lebih lanjut pada masa akan datang.

  • Pelana penunggangnya berketinggian hanya 790 mm daripada permukaan tanah.
  • Tangki minyaknya berkapasiti 11 liter.

  • Keeway mendakwa berat basahnya adalah 153 kg.
  • Suspensi depan terdiri daripada fork hidraulik teleskopik konvensional.

  • Suspensi belakang teridiri daripada sepasang penyerap hentakan dengan takungan luar, yang boleh dilaras untuk prabeban spring.
  • Tugas brek di depan dikendalikan oleh kaliper 2-piston yang mencengkam cakera 220 mm.

  • Ckaera brek belakang juga menggunakan cakera 220mm, dicengkam oleh kaliper 1-piston.
  • Brek disokong oleh ABS dwi-saluran.

  • Beralih kepada sudut elektronik dan elektrik, panel meter mempunyai skrin LCD berwarna.
  • Seperti skuter kontemporari, penghidupannya adalah melalui sistem Penyalaan Tanpa Kunci.

  • Kamera dash hadapan.

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. melancarkan KEEWAY BX200i bersama 5 model lain di Taizhou, China, sebagai sebahagian daripada Majlis Makan Malam Top 68 Pengedar mereka. Harga jualan motosikal ini adalah RM7,998.

About Top Car News Network

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.