KEEWAY RKR250 Dilancarkan, Enjin 31.5hp, Dari RM13,888

KEEWAY RKR250 telah dilancarkan semalam, justeru memperkenalkan satu lagi pesaing dalam kategori ‘sportbike‘ ringan.

Ia dilancarkan semasa Malam Anugerah Top 68 Pengedar MForce, yang diadakan di Hotel Sheraton Taizhou, China. Seperti namanya, majlis tersebut meraikan 68 pengedar motosikal teratas di Malaysia yang menjual jenama-jenama di bawah MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., seperti ARIIC, Benda, CFMoto, Keeway, Morbidelli, dan Motomorini.

Ciri-ciri utama KEEWAY RKR250
  • Berkuaskan enjin kembar selari 249.3cc, DOHC, 8-injap.
  • Menghasilkan 31.5 hp @ 10,500 RPM, dan 22.5 Nm @ 9,500 RPM.

  • Enjin dipadankan dengan klac slipper dan transmisi 6-kelajuan.
  • Menggunakan rangka jenis ‘diamond‘.

  • Ketinggian pelana hanya 770 mm.
  • Suspensi depan terdiri daripada fork jenis terbalik berdiameter 40mm.

  • Suspensi belakang terdiri daripada monoshock dengan sambungan Pro-Link.
  • Brek depan terdiri daripada cakera tunggal 320 mm yang digenggam oleh kaliper 4 piston, manakala di belakang ialah brek cakera 240 mm dengan kaliper 1 piston.

  • Tangki minyak berkapasiti 12 liter.
  • Keeway berkata berat basah motosikal ini hanya 165 kg.

  • Ciri-ciri electronic termasuk ABS dwi-saluran, sistem kawalan cengkaman tayar (TCS), dan sistem pemantauan tekanan udara tayar.
  • Skrin TFT berwarna berukuran 5 inci.

  • Suis-suis yang bercahaya.
  • Lampuan LED.
  • Port pengecas Type-A dan Type-C.

Menariknya, model ini dipamerkan julung kalinya pada Januari lepas bersama dengan harganya, namun belum lagi tersedia pada masa itu, kemungkinan kerana menjalani ujian.

Kini, pada pelancaran semalam, ia dilengkapi dengan ekzos sport dengan penutup hujung peredam ekzos dan pelindung haba gentian karbon.

Selaras dengan objektif MForce untuk memberikan peluang kepada peminat di Malaysia menikmati sukan ini tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak, KEEWAY RKR250 ditawarkan pada harga ualan hanya RM13,888 (bukan di atas jalan), sekaligus menjadikannya ‘sportbike‘ 250cc dua silinder yang paling mampu milik di negara ini.

About Top Car News Network

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.